PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Sunday, January 27, 2013

Majlis Penyerahan Bantuan Hidup Nelayan Secara Tunai Peringkat Parlimen Kuala Kedah


Majlis ini telah diadakan di Restoran Bahtera Nelayan, yang bertempat di Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kedah di Kampung Keluncur, Mukim Kubang Rotan. Saya menyerahkan bantuan hidup secara tunai ini kepada 1367 orang nelayan yang berada di dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah. Raut wajah yang riang serta bersyukur di kalangan nelayan jelas terpancar dengan adanya bantuan yang serba sedikit membantu mereka menjalankan aktiviti nelayan. Turut hadir dalam majlis penyerahan ini adalah wakil-wakil dari pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Kedah.