PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Friday, January 18, 2013

Pengagihan Bantuan RM 100 Pelajar Sekolah 2013


Sesi  Pengagihan Bantuan RM 100 kepada pelajar sekolah sesi 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2013 telah bermula pada 15 Januari yang lalu  di mana ianya melibatkan hampir 2500 pelajar dari Parlimen Kuala Kedah yang menerima bantuan tersebut. Antara sekolah-sekolah di peringkat awal ini di mana saya sendiri melalukan penyerahan pengagihan adalah Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa, Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah dan Sekolah Menengah Alor Janggus. Saya berharap pemberian wang ini walaupun tidak seberapa akan digunakan sebaik mungkin untuk membeli keperluan anak-anak yang baru memulakan sesi persekolahan mereka.