PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Wednesday, February 27, 2013

Sekitar Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2013 di Parlimen Kuala Kedah.









Perasmian Penutupan Program Pembelajaran Aspirasi Kedah Top 5

 Program ini melibatkan sekolah-sekolah di dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah dan atas kerjasama Majlis Guru Besar, Pejabat Pendidikan Daerah dan Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kuala Kedah. Program ini diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaaan Taman Bersatu.






Tuesday, February 26, 2013

Tazkirah - Sebelum dan Selepas Nikah dari Perspektif Islam

Program Tazkirah yang bertajuk 'Sebelum dan Selepas Nikah dari Persepktif Islam' ini diadakan di Masjid Hidayatul Solihin, Sungai Baru, Gunong dan telah disampaikan oleh Ustaz Halim Hassan. Tazkirah diadakan selepas solat maghrib yang diimankan oleh Ustaz Yusof Benchala dari Algeria. Kira-kira 500 jemaah hadir pada program tazkirah ini yang disudahi dengan kenduri rakyat pada jam 9.30 malam.










Sunday, February 24, 2013

Program KOLAborasi' 13 di Gunung Keriang, DUN Anak Bukit


Pelbagai acara telah disusun di Program KOLAborasi'13 di Gunung Keriang, antaranya senamrobik,  ekspedisi mendaki Gunung Keriang dan memasang bendera BN di puncak gunung, sepak raga tuju, acara tarik tali, 'musical chair' bagi kanak-kanak, dan 'treasure hunt" dan juga pemeriksaan gigi secara percuma. Hampir 2000 orang hadir di program yang bermula dari jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang.
















Saturday, February 23, 2013

Pendakian KOLAborasi' 13 di Gunung Keriang

Acara KOLAborasi' 13 di Gunung Keriang yang ketinggiannya 714 kaki  amat bermakna buat kami semua apabila berkibarnya bendera Barisan Nasional yang berukuran 2.8 X 5.6 meter di puncuk gunung. Kira-kira 200 orang turut serta dalam pendakian Gunung Keriang ini yang bermula pada jam 8.30 pagi. Alhamdullilah kami semua selamat sampai ke puncak dan juga turun dengan selamat serta berjaya misi menaikkan bendera Barisan Nasional di puncak Gunung Keriang. 












Friday, February 22, 2013

Sekitar Pelancaran KOLAborasi'13


GURINDAM KOLAborasi' 13

KOLAborasi nama diberi
Berganding bahu bersatu hati

KOLAborasi potensi dicari
Kuala Kedah pasti lestari

KOLA bangun mencipta nama
Ayuh berjuang bersama-sama

Kemenangan bermula dalam fikiran
Kejayaan bermula dengan perubahan

Tangan ditadah memohon restu
Dipohon dariNya Barakah dan Bantu

Allah dan Rasul sebagai saksi
Khidmat rakyat kan terus diberi

Bersama-sama tiada tertoleh
Yahanana yakin boleh !!!




















Pelancaran KOLAborasi' 13 di SK Seri Pantai Kuala Kedah


Pelancaran KOLAborasi'13 ini telah disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan telah diadakan di perkarangan SK Seri Pantai. Majlis pelancaran penuh gemilang ini turut dihadiri isteri kepada YAB Timbalan Perdana Menteri, YABhg Puan Sri Datin Noorainee Rahman dan barisan kepimpinan UMNO negeri Kedah iaitu Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Dato' Paduka Mukhriz Mahathir. Pelbagai aturcara telah disusun sepanjang hari bagi menjayakan program Pelancaran KOLAborasi' 13 ini. Antaranya adalah sukaneka rakyat, autoshow, persembahan 'juggling skills' dari Kelab Bolasepak Kenari Muda, Persembahan Maharaja Lawak Jambu, Persembahan Leez AF dan pelbagai lagi. Agensi-agensi kerajaan turut serta dalam program ini dengan adanya 'booth' bagi mereka menerangkan peranan mereka kepada masyarakat setempat termasuklah 'booth' LKIM yang memberikan skim sara hidup nelayan pada hari tersebut. Kira-kira 8, 000 orang hadir di program penuh bermakna bagi masyarakat di Kuala Kedah. 




Wednesday, February 20, 2013

Program KOLA Berselawat bersama Al Mawlid dan Tazkirah dari Al Habib Ahmad Muhammad Al Haddar


Program ini adalah program pembukaan KOLAborasi' 13 dan ianya diadakan di Masjid Jamek Al-Wahdatul Islamiah, Taman Bersatu, Kuala Kedah. Buat pertama kali di Kuala Kedah, kumpulan Al Mawlid muncul membuat persembahan istimewa dengan dendangan qasidah dan bacaan maulid. Turut hadir di majlis yang mulia ini, Al Habib Ahmad yang datang dari Yaman memberikan tazkirahnya. Kira-kira 800 jemaah hadir di majlis ini.
















Monday, February 18, 2013

Pemberian Buah Limau Sempena Tahun Baru Cina 2013


Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2013, program pemberian buah limau ini diadakan di sekitar kawasan Parlimen Kuala Kedah. .








Monday, February 11, 2013

Pelancaran MyBeautiful Malaysia Peringkat Parlimen Kuala Kedah.

Selaras dengan pelancaran MyBeautiful Malaysia peringkat Parlimen Kuala Kedah di padang Taman Sri Putra ini adalah Gotong Royong Perdana bersama-sama penduduk Taman Sri Putra. Turut hadir bersama saya adalah Dato Soiman Jahid, Penolong Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia