PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa Blog Rasmi UMNO Bahagian Kuala Kedah telah bertukar alamat baru iaitu:
http://1umno-kualakedah.blogspot.com/
**Pertukaran alamat adalah disebabkan masalah teknikal**


Sunday, March 10, 2013

Jom Racing! KOLAborasi Motorsports Dragfest, Karnival Sukan Bermotor Belia


Karnival ini bertempat di Marina Harbour Kuala Kedah dan ianya bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Seramai 300 pelumba dari serata negeri Kedah, dan juga pelumba dari Pulau Pinang, Perlis, dan Perak turut serta. Pelumba dari negara jiran, Thailand juga mengambil bahagian dalam karnival yang julung-julung kali diadakan di Kuala Kedah. Pelbagai acaran susulan lain disusun antaranya, autoshow, lukisan graffiti, persembahan motor berhias dan penampilan istimewa Encik Ah Fai, pemandu drift dan pelakon aksi lagak ngeri profesional di mana saya turut bersama Encik Ah Fai dalam sesi drift beliau. Kira-kira 20 ribu hadir pada karnival penuh gemilang ini.